Glitter Photos

Followers

Friday, February 13, 2015

Tunggu Dulu Cinta

Nuraivy Sofea 1 nama yg cukup indah. Tetapi kehidupannya x seindah namanya. Aivy kehilangan ayah sejak berumur 3 thn lg. Utk meneruskan kehidupan, ibu Aivy telah berkahwin dgn ayah Din. Namun Ivy tetap kekurangan kasih sayang seorang ayah kerana Ayah Din kurang memberi perhatian terhadapnya. Sentiasa mencari kesalahan Aivy. Ditambah pula dgn abg tiri Aivy yg sgt membenci dirinya. Aivy dilayan seperti hamba oleh adik seibunya Hairee. Tiada langsung rasa hormat terhadap diri Aivy.
Selepas tamat belajar Aivy bekerja direstoren Ayah Din sebagai tukang masak. Dalam ramai2 pelanggan yg dtg, Uncle Ibrahim cuba mendekati diri Aivy. Rupa2nya Uncle Ibrahim ingin menjodohkan Aivy dgn anaknya yg bernama Kamal Noah. Aivy berbelah bahagi sama ade ingin menerima @ menolak lamaran tersebut. Ibu Aivy bermati2an memujuk agar Aivy menerima pinangan itu. Dalam masa yg sama terbongkar 1 rahsia yg cuba disembunyikan oleh ibu Aivy. Ini menyebabkan Aivy jauh hati dgn ibunya. Sementelahan pula Shak si abg tiri & hairee selalu mencari kesalahan & membulinya hingga menyebabkan Aivy mengambilkan keputusan tuk menerima pinangan dr Uncle Ibrahim.
    Aivy diterima baik dalam keluarga Uncle Ibrahim. Cuma Kamal Noah endah x endah dgn Aivy. Hati Kamal dingin seperti ais. Kamal tidak mampu melupakan kenangan silamnya. Sehinggakan dimlm perkahwinan mereka Kamal menyebut nama perempuan lain..
Aivy sentiasa makan hati berulamkan jantung dgn sikap Kamal. Nasib baik Aivy punya bapa mertua & adik ipar yg cukup memahami & menyayangi dirinya.
     Setelah berkahwin Aivy tetap diganggu oleh abg tirinya Shak. Lebih menyulitkan keadaan Shak sentiasa berdendam dgn Aivy sehingga sanggup menabur fitnah apabila Aivy x melayan permintaannya. Kebetulan Kamal menyaksikan sendiri segala insiden yg membabitkan Avy & bekas kekasih Aivy. Rentetan dr peristiwa itu Aivy dihalau dr rmh tanpa diberi peluang tuk menjelaskan segala yg berlaku.
  Bermulah sekali lg episod duka dlm hidup Aivy. Mampukah Aivy meneruskan kehidupannya setelah dipinggirkan oleh suami dlm keadaan berbadan dua?
  Hasil garapan penulis ini mampu buat saya menyudahkan novel ini dr awal sampai ke perkataan tamat dgn lancar. Penulis pandai memainkan emosi saya sehinggakan saya menitiskan air mata dan adakalanya tersenyum sumbing dgn watak2 yg dilakarkan. Novel yg secukup rasa. Novel yg punya byk pengajaran didlmnya. Cinta memerlukan pengorbanan, kesetiaan, tolak ansur dan kepercayaan utk mendaki puncak bahagia..
  Tahniah buat penulis Ayu emelda tuk naskah yg superb ini. X lupa juga buat editornya Norlizawati yg telah mencantikkan jln cerita novel ni. Semoga terus sukses selalu hendaknya.
So.. uols kena beli novel nih ok.. berbaloi-baloi..



No comments:

Post a Comment