Glitter Photos

Followers

Wednesday, February 11, 2015

Puja

  400 thn yg lalu. Mengisahkan pelarian 7 buah keluarga dr Pagar Ruyung ke tanah besar utk memulakan kehidupan yg baru.
 Setelah jauh mengembara akhirnya mereka tiba di 1 kawasan yg boleh mereka jadikan penempatan baru buat mereka. Maka bermulalah gotong royong antara mereka. Masing2 punya tugas & kepandaian utk membina penempatan baru. Namun setelah mereka membina penempatan itu terjadi kejadian aneh berlaku di situ. Angin kencang telah memusnahkan rmh2 yg dibina serta pokok2 yg baru ditanam.
  Rupa2nya kawasan itu berpenunggu. Jika ingin meneruskan kehidupan di situ, mereka perlu memenuhi syarat penunggu tersebut. Di antara 7 keluarga itu hanya Waki yg boleh berinteraksi dgn penunggu tersebut.
Nak tau syarat yg dikenakan oleh penunggu sila baca novel ni. Disamping itu jika mereka dpt menunaikan syarat itu maka mereka akan dilimpahkan dgn kemewahan.
  Masa terus berlalu. Kampung Silak Tua masih menjalankan adat tradisi lama mereka. Jika seorang ketua kampung sudah meninggal.. perlantikan ketua baru mesti dijalankan. & syarat penunggu perlu ditunaikan
  Masa terus berlalu. Kepulangan Jimmy ke Kampung Silak Tua telah membuatkan Mak Jiha terharu & terkejut setelah 15 thn Jimmy menghilangkan diri. Kepulangan Jimmy juga tepat pada masanya kerana nyawa keluarganya menjadi taruhan utk syarat penunggu tersebut. Suasana Kampung Silak Tua menjadi tidak aman dgn kemunculan makhluk2 yg mengerikan.
  Bersama Pak Salleh, Jimmy berusaha utk memutuskan perjanjian berpuaka itu sebelum lebih byk tragedi yg tidak diingini berlaku. Namun berbagai halangan terpaksa mereka tempuhi utk melaksanakan impian tersebut. Sedaya upaya mereka cuba mengembalikan keamanan Kampung tersebut serta mengembalikan akidah penduduk kampung yg jauh terpesong.
Berjayakah misi Jimmy & Pak Salleh itu. Semuanya terjawab bila anda membaca naskah ini sehingga ke penghujungnya. Ending yg x terjangka telah digarapkan oleh penulis. Tahniah Kak Maria Kajiwa kerana berjaya menghasilkan karya yg superb ini..



No comments:

Post a Comment