Glitter Photos

Followers

Wednesday, February 11, 2015

Rahsia Hatiku

  Iman Najwa kehilangan kedua ibubapanya kerana terlibat dgn kemalangan. Sebelum kemalangan ayah Iman ade berpesan supaya Iman dpt memenuhi impiannya agar menyatukan kembali keluarga mereka. Ayah Iman telah dibuang oleh neneknya kerana nenek Iman tidak merestui perkahwinan ibubapa Iman.
   Kepulangan makcik Iman dr luar negara iaitu kakak kepada ayah Iman akhirnya telah meletakkan diri Iman di banglow kepunyaan neneknya. Demi merealisasikan impian arwah ayahnya Iman sanggup berdepan dgn neneknya walaupun hanya sebagai org gaji di banglow tersebut. Dgn menyamar sebagai org gaji, Iman cuba mendekati neneknya tetapi sikap ego neneknya menjadikan keadaan sedikit sukar buat Iman.
   Kebetulan cucu kesayangan neneknya a.k.a sepupu Iman menginap sekali di banglow itu. Maka terjadilah berbagai insiden yg mencabar keimanan Iman. Namun kerana janji arwah ayahnya, Iman menahan sabar dgn karenah sepupunya Alif Iskandar dan juga neneknya.
   Suatu hari tembelang Iman pecah apabila neneknya mengetahui Iman adalah cucunya. Kemarahan neneknya memuncak sehingga sanggup mencederakan Iman. Dan kerana kejadian itu sehingga Iman dimasukkan ke hospital barulah neneknya dpt menerima Iman kembali & memaafkan kedua ibubapa Iman. Bermulalah kehidupan bahagia Iman.
    Tetapi segalanya mula berantakan apabila makcik Iman mencadangkan agar Iman dijodohkan dgn Alif Iskandar.
   Adakah kehidupan Iman terus bahagia setelah diuji dgn berbagai dugaan? Dptkan naskah hebat ini. Selusuri perjalanan hidup Iman Najwa yg sentiasa tabah & sabar dlm mengharungi ujian yg getir...




No comments:

Post a Comment