Glitter Photos

Followers

Friday, February 13, 2015

Tunggu Dulu Cinta

Nuraivy Sofea 1 nama yg cukup indah. Tetapi kehidupannya x seindah namanya. Aivy kehilangan ayah sejak berumur 3 thn lg. Utk meneruskan kehidupan, ibu Aivy telah berkahwin dgn ayah Din. Namun Ivy tetap kekurangan kasih sayang seorang ayah kerana Ayah Din kurang memberi perhatian terhadapnya. Sentiasa mencari kesalahan Aivy. Ditambah pula dgn abg tiri Aivy yg sgt membenci dirinya. Aivy dilayan seperti hamba oleh adik seibunya Hairee. Tiada langsung rasa hormat terhadap diri Aivy.
Selepas tamat belajar Aivy bekerja direstoren Ayah Din sebagai tukang masak. Dalam ramai2 pelanggan yg dtg, Uncle Ibrahim cuba mendekati diri Aivy. Rupa2nya Uncle Ibrahim ingin menjodohkan Aivy dgn anaknya yg bernama Kamal Noah. Aivy berbelah bahagi sama ade ingin menerima @ menolak lamaran tersebut. Ibu Aivy bermati2an memujuk agar Aivy menerima pinangan itu. Dalam masa yg sama terbongkar 1 rahsia yg cuba disembunyikan oleh ibu Aivy. Ini menyebabkan Aivy jauh hati dgn ibunya. Sementelahan pula Shak si abg tiri & hairee selalu mencari kesalahan & membulinya hingga menyebabkan Aivy mengambilkan keputusan tuk menerima pinangan dr Uncle Ibrahim.
    Aivy diterima baik dalam keluarga Uncle Ibrahim. Cuma Kamal Noah endah x endah dgn Aivy. Hati Kamal dingin seperti ais. Kamal tidak mampu melupakan kenangan silamnya. Sehinggakan dimlm perkahwinan mereka Kamal menyebut nama perempuan lain..
Aivy sentiasa makan hati berulamkan jantung dgn sikap Kamal. Nasib baik Aivy punya bapa mertua & adik ipar yg cukup memahami & menyayangi dirinya.
     Setelah berkahwin Aivy tetap diganggu oleh abg tirinya Shak. Lebih menyulitkan keadaan Shak sentiasa berdendam dgn Aivy sehingga sanggup menabur fitnah apabila Aivy x melayan permintaannya. Kebetulan Kamal menyaksikan sendiri segala insiden yg membabitkan Avy & bekas kekasih Aivy. Rentetan dr peristiwa itu Aivy dihalau dr rmh tanpa diberi peluang tuk menjelaskan segala yg berlaku.
  Bermulah sekali lg episod duka dlm hidup Aivy. Mampukah Aivy meneruskan kehidupannya setelah dipinggirkan oleh suami dlm keadaan berbadan dua?
  Hasil garapan penulis ini mampu buat saya menyudahkan novel ini dr awal sampai ke perkataan tamat dgn lancar. Penulis pandai memainkan emosi saya sehinggakan saya menitiskan air mata dan adakalanya tersenyum sumbing dgn watak2 yg dilakarkan. Novel yg secukup rasa. Novel yg punya byk pengajaran didlmnya. Cinta memerlukan pengorbanan, kesetiaan, tolak ansur dan kepercayaan utk mendaki puncak bahagia..
  Tahniah buat penulis Ayu emelda tuk naskah yg superb ini. X lupa juga buat editornya Norlizawati yg telah mencantikkan jln cerita novel ni. Semoga terus sukses selalu hendaknya.
So.. uols kena beli novel nih ok.. berbaloi-baloi..



Wednesday, February 11, 2015

Rahsia Hatiku

  Iman Najwa kehilangan kedua ibubapanya kerana terlibat dgn kemalangan. Sebelum kemalangan ayah Iman ade berpesan supaya Iman dpt memenuhi impiannya agar menyatukan kembali keluarga mereka. Ayah Iman telah dibuang oleh neneknya kerana nenek Iman tidak merestui perkahwinan ibubapa Iman.
   Kepulangan makcik Iman dr luar negara iaitu kakak kepada ayah Iman akhirnya telah meletakkan diri Iman di banglow kepunyaan neneknya. Demi merealisasikan impian arwah ayahnya Iman sanggup berdepan dgn neneknya walaupun hanya sebagai org gaji di banglow tersebut. Dgn menyamar sebagai org gaji, Iman cuba mendekati neneknya tetapi sikap ego neneknya menjadikan keadaan sedikit sukar buat Iman.
   Kebetulan cucu kesayangan neneknya a.k.a sepupu Iman menginap sekali di banglow itu. Maka terjadilah berbagai insiden yg mencabar keimanan Iman. Namun kerana janji arwah ayahnya, Iman menahan sabar dgn karenah sepupunya Alif Iskandar dan juga neneknya.
   Suatu hari tembelang Iman pecah apabila neneknya mengetahui Iman adalah cucunya. Kemarahan neneknya memuncak sehingga sanggup mencederakan Iman. Dan kerana kejadian itu sehingga Iman dimasukkan ke hospital barulah neneknya dpt menerima Iman kembali & memaafkan kedua ibubapa Iman. Bermulalah kehidupan bahagia Iman.
    Tetapi segalanya mula berantakan apabila makcik Iman mencadangkan agar Iman dijodohkan dgn Alif Iskandar.
   Adakah kehidupan Iman terus bahagia setelah diuji dgn berbagai dugaan? Dptkan naskah hebat ini. Selusuri perjalanan hidup Iman Najwa yg sentiasa tabah & sabar dlm mengharungi ujian yg getir...




Puja

  400 thn yg lalu. Mengisahkan pelarian 7 buah keluarga dr Pagar Ruyung ke tanah besar utk memulakan kehidupan yg baru.
 Setelah jauh mengembara akhirnya mereka tiba di 1 kawasan yg boleh mereka jadikan penempatan baru buat mereka. Maka bermulalah gotong royong antara mereka. Masing2 punya tugas & kepandaian utk membina penempatan baru. Namun setelah mereka membina penempatan itu terjadi kejadian aneh berlaku di situ. Angin kencang telah memusnahkan rmh2 yg dibina serta pokok2 yg baru ditanam.
  Rupa2nya kawasan itu berpenunggu. Jika ingin meneruskan kehidupan di situ, mereka perlu memenuhi syarat penunggu tersebut. Di antara 7 keluarga itu hanya Waki yg boleh berinteraksi dgn penunggu tersebut.
Nak tau syarat yg dikenakan oleh penunggu sila baca novel ni. Disamping itu jika mereka dpt menunaikan syarat itu maka mereka akan dilimpahkan dgn kemewahan.
  Masa terus berlalu. Kampung Silak Tua masih menjalankan adat tradisi lama mereka. Jika seorang ketua kampung sudah meninggal.. perlantikan ketua baru mesti dijalankan. & syarat penunggu perlu ditunaikan
  Masa terus berlalu. Kepulangan Jimmy ke Kampung Silak Tua telah membuatkan Mak Jiha terharu & terkejut setelah 15 thn Jimmy menghilangkan diri. Kepulangan Jimmy juga tepat pada masanya kerana nyawa keluarganya menjadi taruhan utk syarat penunggu tersebut. Suasana Kampung Silak Tua menjadi tidak aman dgn kemunculan makhluk2 yg mengerikan.
  Bersama Pak Salleh, Jimmy berusaha utk memutuskan perjanjian berpuaka itu sebelum lebih byk tragedi yg tidak diingini berlaku. Namun berbagai halangan terpaksa mereka tempuhi utk melaksanakan impian tersebut. Sedaya upaya mereka cuba mengembalikan keamanan Kampung tersebut serta mengembalikan akidah penduduk kampung yg jauh terpesong.
Berjayakah misi Jimmy & Pak Salleh itu. Semuanya terjawab bila anda membaca naskah ini sehingga ke penghujungnya. Ending yg x terjangka telah digarapkan oleh penulis. Tahniah Kak Maria Kajiwa kerana berjaya menghasilkan karya yg superb ini..



Memilihmu Kerana Dia

    Nur Sarah menerajui Heritage setelah kematian suaminya. Disamping itu Sarah tetap dibelakang Bonda Mariam merangkap ibu mertua yg amat disayangi.
Sejak kepulangan pewaris tunggal Heritage Ku Ammar, hidup Nur Sarah kucar kacir. Bekas abang iparnya sentiasa memeningkan kepala Sarah dgn karenah yg tidak2.
    Oleh kerana takut kehilangan Sarah, Bonda Mariam merancang utk menyatukan Ku Ammar dgn Sarah. Namun mendapat tentangan drpd mereka berdua. Setelah Ku Ammar diugut oleh bonda utk tidak menyelesaikan segala hutang piutang Ku Ammar maka dgn terpaksa Ku Ammar bersetuju utk mengahwini Sarah walaupon ketika itu Ammar sudah mempunyai kekasih hati. Sarah terpaksa akur dgn rancangan Bonda Mariam kerana tidak sampai hati menolak hajat Bonda Mariam.
  Setelah perkahwinan berlangsung hidup Sarah seperti digantung tak bertali. Ku Ammar tak pernah menghiraukan Sarah. Yg dikejar tetap kekasih hatinya Lisanani. Sampaikan satu tahap Ku Ammar mengambil keputusan tuk memperisterikan Lisanani setelah berita tentang perhubungan mereka heboh diperkatakan dilaman sosial.
  Bagaimanakah perasaan Sarah setelah diduakan oleh Ku Ammar?
   Dapatkah Ku Ammar menerajui Heritage dgn lancar?
   Apakah Lisanani dpt memenuhi impiannya tuk hidup dlm kemewahan?
   Adakah Bonda Mariam hidup dgn tenang setelah kejadian yg tidak diingini berlaku?
  Semua ini terjawab bila anda memiliki naskah hebat drpd ameera Ameer. Baca dgn matahati supaya anda memperolehi pengajaran didlmnya..
Tahniah Myra kerana telah berjaya mengkucar kacirkan perasaan saya... hehehehe