Followers

Tuesday, May 20, 2014

AKU BENCI KAU!



Baca nobel nih mcm2 perasaan yg timbul... 1-1 nya nobel yg buat saya nak marah, benci, meluat dan yg sewaktu dgnnya.

Mengisahkan Darius yg dibsrkan dgn penuh pembohongan tentang mamanya. Sehinggakan dia menjadi seorang yg terlalu membenci terhadap kaum wanita. Pada fikiran Darius semua wanita ibarat seorang pelacur. Adehhhh...sabo je laaa haku.
Ketika berusia 8 thn Darius telah dipisahkan dgn mamanya kerana hasutan & fitnah drpd ayah & nenek Darius. Nenek Darius( mokcik Hendon) adalah sejahat2 manusia. Sanggup menjual menantu semata2 hendak mengaut keuntungan.
Ayah Darius seorang lelaki yg dayus.. haaa yg ni layak dipanggil Dayus.. bukan pokcik guard kat airport tu..hehehe. Kerana harta sanggup dia menggadai isteri sendri. Dah gadai isteri diracun plak pemikiran Darius dgn mengatakan mama Darius curang.. suka menjual tubuh tuk kekayaan. Sikap ayah Darius yg suka berpoya2 & mabuk2 tidak disukai oleh Darius. Walaupon Darius suka berpoya2 tapi dia x pernah meneguk air haram tu.
Hidup Darius dikelilingi dgn kekayaan. Kerjaya yg meningkat serta femes di mata masyarakat. Nama Darius sering disebut2 sebagai usahawan yg berjaya. Tapi biasa laaa mana ade yg senang hati dgn kejayaan org kan.. kerana sikap irihati & cemburu, Darius difitnah dgn tersebarnya video hubungan songsang.
Maka bermula la kejatuhan Darius. Utk membersihkan nama baik keluarga.. nenek Darius mencadangkan agar Darius segera berkahwin.. nak coverline ler tu. Konon2 cucu dia bukan gay. Yg jd mangsa ialah Adlene Kayra. Adlene Kayra pernah menerima bantuan drpd Hendon. Semasa Kayra kecil Hendon sanggup mendermakan wang tuk pembedahan Kayra. Itupon sebab nak jaga airmuka. Hisshh Hendon ni memang syaitan bertopengkan manusia. Semua kejahatan adalah rancangan Hendon. So Hendon segera meminang Qayra. Fuhhhh stail meminang pon ikut redah jek.. Apabila Qayra tau yg bakal suaminya seorang gay...bermati-matian Qayra menolak utk tidak dijodohkan dgn Darius. Bila nafsu jahat dah menguasai diri Hendon memaksa Darius memperkosa Qayra supaya Qayra tidak menolak perkahwinan itu. Uwaaa.. babak ni rasa nak gi tembak je Darius tu.
Akhirnya Qayra terpaksa juga mengahwini Darius. Dan bermula laa episod kedukaan dlm hidup Qayra. Kalau nak tau mcm mana layanan Darius terhadap Qayra sila beli buku nih & baca.
Adakah Darius , Hendon & ayah Darius insap dgn perbuatannya. Adakah Darius dpt bersatu semula dgn mamanya? Sama2 kita menghayati kisah dlm naskah ni. Byk pengajaran yg dpt kita perolehi.
Jujur saya katakan..buku ni memang memainkan emosi saya. Buku yg lain drpd yg lain. Tahniah tuk penulis.

DIA... ISTERI LUAR BIASA



Selesai menelaah buku nih. Apa yg boleh diucapkan...sebuah buku yg santai, yg x terlalu sarat dgn konflik, byk pengajaran yg boleh diperolehi..

Dewi Yusra seorang gadis yg baik, murah hati dan selalu menjaga kepentingan kaum sejenisnya. Tapi dgn kaum adam Dewi cukup anti. Hatinya terlalu keras untuk dicintai oleh seorang lelaki.
Tapi mempunyai sahabat karib yg bernama Kamarul. Satu2nya lelaki yg boleh mendekati Dewi. Pengalaman arwah ibunya yg ditindas oleh suami a.k.a ayah Dewi membuatkan Dewi sgt2 membenci kaum adam. Apalagi dgn masalah yg dihadapi oleh sahabat karibnya Eda apabila suami Eda berlaku curang. Anak Eda sgt rapat dgn Dewi sampaikan naluri keibuan Dewi terserlah. Ini membuatkan dewi berkobar2 utk mendptkan zuriat sendiri disamping menjadikan pewaris utk perniagaan Nasi Ayam Bonda (NAB). Yang dasyatnye Dewi sanggup melakukan IVF tuk mendptkan zuriat tanpa berkahwin. Sengal sungguh la Dewi ni.
Tapi di tolak mentah2 oleh doktor pakar..hahaha padan muka..mcm x tau hukum plak... punya laa nak anak Dewi memaksa Kamarul mencarikan seorang suami sementara. Masa ni byk insiden mencuit hati berlaku..
Pertemuan pertama Dewi dgn Raden Amzar dlm kapalterbang. Dewi yg anti kaum lelaki cukup kerek dgn Raden. Hishh punya la kekwat tahap babun Dewi nih..rasa nak luku2 kepala dia. Akhirnya Dewi jumpa jugak stok suami sementara bila ternampak Raden solat dlm kapalterbang.
Berbagai usaha Dewi utk melaksanakan impiannya utk memikat Raden dan kebetulan pula Raden memang dah jatuh suka dgn Dewi... cinta sudah berputik yaaa.. peluang Dewi tiba apabila dia merancang utk ditangkap khalwat bersama Raden atas bantuan Kamarul. Akhirnya mereka pon berkahwin di luar negara.. sampai kota london tu.. tapi misi Dewi kawen tuk dptkan anak aje. So dah dpt anak dia akan tgglkan Raden. Dlm pada itu Kak Long Raden beria2 nak menjodohkan Raden dgn teman baiknya. Setelah mengetahui adiknya telah berkawen senyap2 berbagai usaha Kak Long lakukan utk memisahkan Raden & Dewi. Tapi Dewi ni buat x kisah. Sebab dia bukan sayang dgn Raden pon. Sebab tu segala penghinaan drpd Kak Long x jd kudis kat Dewi.
Raden yg sgt2 mencintai Dewi berusaha menjadi sorang suami yg baik. Yang kelakarnya Dewi sanggup buat mcm2 tuk menggoda Raden... Alahai Dewi betul2 nak melaksanakan impian dia.. semua dia terjah.. Bila Dewi dah mengandung Dewi mengambil keputusan tuk meninggalkan Raden..konon2 boleh hidup tanpa Raden la tuh. Hehehe.. Raden x berputus asa terus menjaga Dewi sebaik mungkin. Sampai 1 tahap Dewi menghalau Raden keluar dr rmhnya. Raden dgn rasa kecewa keluar dr rmh,kebetulan Raden perlu menghadiri kursus di luar negara. Bila Raden xde.. Dewi plak penasaran..walawehhh..mulut kata x mau tapi hati mauuuu... dari situ Dewi mula dpt menerima Raden kembali. Cinta mula mekar di hati masing2. Tapi hidup x selalu indah. Dewi difitnah hingga ibu mertuanya benci dgn dirinya. Kesian Dewi kerana percayakan sahabat sampai memakan diri sendiri. Nak tau siapakah yg tikam Dewi dr belakang, adakah mak mertua & kak long terus membenci Dewi, setiakah Raden dgn Dewi? Sila baca dr awal sampai ke penghujung cerita ok..
Yang pasti saya cengeng kejap bila dah masuk klimaks tu. Hahahaha
Saya boleh masuk dgn buku nih. Selera masing2 berbeza ok. Kalau nak yg santai ini bukunya, kalau nak yg x serabut kepala ini bukunya.. kalau nak yg tuttttttt bukan ini bukunya... selamat membaca. Jadikan setiap ape yg berlaku dlm buku nih sebagai pengajaran ok. Kak Umie Nadzimah saya suka buku2 Kak umie..

DICINTAI atau MENCINTAI




Selesai sudah menelaah novel nih. Ape yg boleh dikatakan saya suka dgn jln citer buku nih. Byk nilai2 murni yg penulis serapkan dlm karya beliau. Percintaan yg tulus murni, setiakawan hingga hujung nyawa, kasih sayang diantara keluarga. Perasaan dendam yg boleh memporak perandakan kehidupan kita. 
Qyrana Najwa seorang gadis yg degil, pandai berdikari dan kadangkala suka ikut perasaan tanpa memikirkan hati org lain. Pertemuan dgn Mohd Zariq Asyraf dlm keadaan huru hara. Kebetulan Zariq adalah abg kpd kwn baik Qyrana, Mohd Zahir Azmin. Tanpa diduga setelah beberapa kali pertemuan atas dasar kerja, terbit perasaan sayang dan cinta diantara Zariq & Qyra. Dan tanpa pengetahuan Qyra rupa2nya Azmin menaruh hati pd Qyra jugak.. Alahaii kat sini dah terjadi cinta 3 segi. Tapi cinta & sayang x boleh dipaksa.
Dan kebetulan juga kakak kpd Qyra, Najilah Azwa pernah menaruh hati dgn Zariq. Haisshhh.. makin byk cinta bersegi2 nih. Di pendekkan citer. Kerana cinta yg mendalam terhadap Qyra, Zariq melamar Qyra dan mereka pon bertunang. Dlm masa bertunang ni laa byk konflik yg terjadi. Sehinggakan sampai 1 tahap pertunangan mereka hancus begitu saja. Ade peristiwa yg menyebabkan terjadinya perpisahan diantara Zariq & Qyra. Nak tau baca yer.. x boleh citer lebih2... Disebabkan peristiwa itu Zariq terpaksa tanpa rela mengahwini Najilah Azwa. Alamak hero kawen dgn org lain ke?? Berbagai dugaan yg melanda Qyra & keluarga. Kemuncaknya bila Qyra kehilangan seseorang yg amat dia kasihi. Babak ni saya x boleh tahan. Air mata dah mcm air terjun. Jaat sungguh penulis tu sebab buat saya nangis. Adakala saya rasa marah sgt2.. nak2 dgn watak Syed Amir... hissshh bukan takat samseng kg dusun jek.. hati Amir nih dah umpama Loji Indah Water.. hrp nama je sedap.. tapiiiii busuk sebusuk2nya. Hehehe. Penat laa nak tulis pnjg2.. so saper yg nak tau citer seterusnya sila beli & baca Dicintai Atau Mencintai. Dptkah Zariq & Qyra bersatu semula? Ape yg terjadi kepada Azmin? Adakah Qyra tetap mengahwini Iqbal? So dptkan dgn segera buku ini di pasaran..Ape2 pon baca dgn hati yg ikhlas. Cuba hayati, fahami dgn mesej yg ingin disampaikan oleh penulis kpd kita. Tahniah Ameera Ameer kerana karya awak tidak mengecewakan saya.