Glitter Photos

Followers

Tuesday, May 20, 2014

DICINTAI atau MENCINTAI




Selesai sudah menelaah novel nih. Ape yg boleh dikatakan saya suka dgn jln citer buku nih. Byk nilai2 murni yg penulis serapkan dlm karya beliau. Percintaan yg tulus murni, setiakawan hingga hujung nyawa, kasih sayang diantara keluarga. Perasaan dendam yg boleh memporak perandakan kehidupan kita. 
Qyrana Najwa seorang gadis yg degil, pandai berdikari dan kadangkala suka ikut perasaan tanpa memikirkan hati org lain. Pertemuan dgn Mohd Zariq Asyraf dlm keadaan huru hara. Kebetulan Zariq adalah abg kpd kwn baik Qyrana, Mohd Zahir Azmin. Tanpa diduga setelah beberapa kali pertemuan atas dasar kerja, terbit perasaan sayang dan cinta diantara Zariq & Qyra. Dan tanpa pengetahuan Qyra rupa2nya Azmin menaruh hati pd Qyra jugak.. Alahaii kat sini dah terjadi cinta 3 segi. Tapi cinta & sayang x boleh dipaksa.
Dan kebetulan juga kakak kpd Qyra, Najilah Azwa pernah menaruh hati dgn Zariq. Haisshhh.. makin byk cinta bersegi2 nih. Di pendekkan citer. Kerana cinta yg mendalam terhadap Qyra, Zariq melamar Qyra dan mereka pon bertunang. Dlm masa bertunang ni laa byk konflik yg terjadi. Sehinggakan sampai 1 tahap pertunangan mereka hancus begitu saja. Ade peristiwa yg menyebabkan terjadinya perpisahan diantara Zariq & Qyra. Nak tau baca yer.. x boleh citer lebih2... Disebabkan peristiwa itu Zariq terpaksa tanpa rela mengahwini Najilah Azwa. Alamak hero kawen dgn org lain ke?? Berbagai dugaan yg melanda Qyra & keluarga. Kemuncaknya bila Qyra kehilangan seseorang yg amat dia kasihi. Babak ni saya x boleh tahan. Air mata dah mcm air terjun. Jaat sungguh penulis tu sebab buat saya nangis. Adakala saya rasa marah sgt2.. nak2 dgn watak Syed Amir... hissshh bukan takat samseng kg dusun jek.. hati Amir nih dah umpama Loji Indah Water.. hrp nama je sedap.. tapiiiii busuk sebusuk2nya. Hehehe. Penat laa nak tulis pnjg2.. so saper yg nak tau citer seterusnya sila beli & baca Dicintai Atau Mencintai. Dptkah Zariq & Qyra bersatu semula? Ape yg terjadi kepada Azmin? Adakah Qyra tetap mengahwini Iqbal? So dptkan dgn segera buku ini di pasaran..Ape2 pon baca dgn hati yg ikhlas. Cuba hayati, fahami dgn mesej yg ingin disampaikan oleh penulis kpd kita. Tahniah Ameera Ameer kerana karya awak tidak mengecewakan saya.

No comments:

Post a Comment