Followers

Wednesday, December 21, 2011

Kek Pandan Layer

Yummy....pandan layered cake...dah 2 kali buat...sedap sgt2...kalah kedai kek wooo...x tipu pyer...Anak2 pon suke mkn apatah lg ibunye..hehehehe. Cuma nak membuatnye cerewet sikit, tapi disebabkan nak mencuba jgk..jd la pandan layered cake...soooo kite jengah2 resepinye...

BAHAN2 UNTUK KEK:-
5 biji telur Gred A
160 g gula
125 g tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
75 g minyak jagung
15 g ovallate
1 camca teh paste pandan
2 camca besar susu segar/cair
BAHAN2 UNTUK KASTARD:-
1050 g santan
225 g gula
10 g serbuk jelly
1 camca teh paste pandan
100 g tepung Hoen Kwee (warna hijau)
75 ml jus pandan (kisar 4 helai dan pandan dgn 75 ml air, kemudian tapis)
Secubit garam
Cara-cara

UNTUK KEK:- Satukan telur, ovalatte, gula dan paste pandan. Pukul hingga kembang dan gebu. Perlahan kan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga susu. Gaul rata.
Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dalam tin berukuran (8 x 8 x 3) inci yg telah di sapu dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas. Sapukan juga permukaan kertas dgn mentega.
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit. Bila masak keluarkan kek dari oven dan sejukkan. Kecilkan sedikit kek dgn cara memotong bhg tepi kek sehingga menjadi (7 x 7) inci. Kemudian potong mendatar sebanyak 3 keping.
UNTUK KASTARD:- Satukan semua bahan2 untuk kastard dalam bekas tahan panas. Masak diatas air mendidih (secara double boiler), gunakan wisk, kacau hingga pekat dan berkilat. Mastikan api dan biar suam sedikit sebelum dilapis dgn kek.
UNTUK MEMBUAT KEK LAPIS PANDAN:- Gunakan tin berukuran (8 x 8 x 3) inci. Tuang 1/3 adunan kastard dan ratakan. Lapiskan dgn sekeping kek. Tekan sedikit. Tuang lagi 1/3 kastad dan lapiskan dgn sekeping lagi kek. Ratakan biar memenuhi bhg yg kosong. Lapiskan lagi dgn sekeping kek dan kemudian kastard dan diakhiri dgn kek. Isi ruang2 tepi kek dgn lebihan kastard.
Kemudian masukkan dalam peti sejuk sekurang2nya 1 jam. Keluar kan kek dari acuan dan salut dgn kelapa kering.
Bahagian yg ber kastard tu di atas dan kek dibawah. Ini bermakna kek nie dimulai dgn bhg kastard dan akhir dgn kek..
Satu petua....gunakan tin utk membakar kek tadi, cuci tapi tak payah guna sabun, cuma buang kerak2 yg tertinggal, lepas tu keringkan, kerana saki baki mentega yg kita guna utk mengris tin tu masih ada dan ini memudahkan kek yg telah dilapis dgn kastard utk dikeluarkan.







No comments:

Post a Comment