Followers

Thursday, February 24, 2011

Kek Cheese Blueberry


Haaaaaaa....Ni kek kesukaan ku...Japanesse Cheese Cake...Rasanye x baper muak,cam cheese cake biasa...Even anak2 pon suke makan...Tapi tu ler...kalu dah mkn x hengat dunia...Main redah jek..Silap hrbln..bdn makin gumukkssss...hahaha...Ni kene makan Jus Mate 5...


BAHAN-BAHANNYA :-)
300 ml susu segar
6 keping keju kraf cheesedale
3 biji telur gred A, asing kuning dan putih
90 g gula halus
110 g tepung gandum
110 g mentega
1 camca teh esen vanilla
Blueberry filling secukupnya, isi dalam piping beg



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan susu, keju dan mentega dalam periuk. Panaskan dengan api kecil dan kacau hingga semua larut. Sejukkan. Sementara itu, lenser spring form pan berukuran 8 inci dengan mentega, alas dasarnya dengan aluminium foil. Panaskan oven pada suhu 160C.
  2. Dalam bekas lain, kacau kuning telur hingga berkrim, masukkan tepung, esen vanilla dan kacau hingga rata. Tuang bancuhan no. 1 sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga semua rata dan halus. Ketepikan.
  3. Dalam mixer bowl yang kering dan bersih putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan terus memutar hingga menjadi meringue yang kental dan bila dicuit menghasilkan puncak yang tajam.
  4. Masukkan 1/2 bahagian meringue dalam no. 2, kaup hingga rata dan tuang kembali adunan tadi ke dalam baki meringue dan gaul semula dengan kaedah kaup balik hingga rata. Tuang 1/4 bahagian ke dalam tin kek, ratakan, picit blueberry tadi atas adunan kek dengan cara lingkaran. Tuang 1/4 lagi dan buat kaedah sama hingga bahagian adunan terakhir, buat lingkaran yang sama dan lorekkan dengan hujung pisau sehingga mendapat corak seperti dalam gambar.
  5. Letak tin berisi adunan kek tadi dalam loyang, tuang sedikit air panas dan bakar 55 minit atau hingga kuning keemasan. Bila masak, biar suam dan keluarkan dari tin. Biar betul2 sejuk baru dipotong.......
K...selamat mencube,,,!! (copy paste resepi dr Mat Gebu)

No comments:

Post a Comment